• Bahasa Melayu
  • English

AKTIVITI – AKTIVITI OLEH IBU PEJABAT POLIS DAERAH BATU PAHAT

PERJUMPAAN KETUA POLIS DAERAH BERSAMA IBU BAPA / PENJAGA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DATUK BENTARA LUAR, BATU PAHAT, JOHOR

Satu perjumpaan di antara ACP Ibrahim Bin Mohd Aris, Ketua Polis Daerah ( KPD ) Batu Pahat dan ibu bapa pelajar Sekolah Menengah Datuk Bentara Luar, Batu Pahat telah diadakan pada 9 Mac 2010 bertempat di Kelab Polis Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD ) Batu Pahat.

Di dalam sesi perjumpaan, KPD Batu Pahat telah menyuarakan laporan yang telah dibuat oleh Pengetua Sekolah Menengah Datuk Bentara Luar mengenai pembelajaran dan sahsiah anak – anak pegawai dan anggota polis yang belajar di sekolah tersebut. Beliau berkehendakan semua anak – anak pegawai dan anggota yang belajar di sekolah tersebut diberi penekanan dari segi pencapaian pembelajaran dan sahsiah diri.

 

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEKOLAH AGAMA KAMPUNG ISTANA, BATU PAHAT, JOHOR

Pada 11 Mac 2010 bertempat di Sekolah Agama Kampung Istana, Batu Pahat Johor, satu Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan. Majlis tersebut dihadiri oleh C/Insp Maimunah Binti  Sujak mewakili ACP Ibrahim Bin Mohd Aris, Ketua Polis Daerah ( KPD ) Batu Pahat. Beliau telah menyampaikan ceramah jenayah bertajuk ‘ Jenayah Di Kalangan Pelajar dan Remaja ‘.  Seramai 300 orang pelajar bersama ibu bapa serta penjaga telah menghadiri majlis tersebut.

 

 

 CERAMAH DI SEKOLAH MENENGAH CONVENT BATU PAHAT, JOHOR

Satu ceramah berkaitan salah laku pelajar dan motivasi telah diadakan di Sekolah Menengah Convent Batu Pahat pada 12 Mac 2010.  Dalam majlis itu, C/Insp. Maimunah Sujak mewakili ACP Ibrahim Bin Mohd Aris, Ketua Polis Daerah ( KPD ) Batu Pahat dalam menyampaikan ceramah dan motivasi kepada semua pelajar sekolah tersebut.

Di dalam ceramah yang disampaikan, C/Insp. Maimunah telah menyentuh mengenai salah laku pelajar dan kes – kes yang melibatkan pelajar dan tips untuk mengetahui hak – hak sebagai seorang pelajar jika ada penjenayah cuba menghampiri. Selain itu, beliau juga  dianugerahkan sijil penghargaan sebagai seorang pegawai yang aktif dalam memberi bantuan dan ceramah di sekolah – sekolah serta diberi penghormatan dalam menyampaikan sijil pelantikan Pengawas sekolah tersebut bagi sesi 2010. 

 

 

 

MAJLIS SERAH MENYERAH TUGAS KETUA POLIS BALAI PARIT SULONG & KETUA POLIS BALAI SRI MEDAN, BATU PAHAT, JOHOR

Pada 12 Mac 2010, satu Majlis Serah Menyerah Tugas Ketua Polis Balai ( KPB ) Parit Sulong dan KPB Sri Medan telah diadakan di Kelab Polis Batu Pahat. Sarjan Abas Bin Mohamed,  Pemangku KPB Parit Sulong telah menyerahkan tugas kepada Sarjan Mejar ( SM ) Sa`yon Bin Surat manakala bagi jawatan KPB Sri Medan telah diserahkan oleh SM Ismi Bin Ismail kepada SM Zainuddin Bin Dalha.

Dalam majlis tersebut, ACP Ibrahim Bin Mohd Aris, Ketua Polis Daerah ( KPD ) Batu Pahat menyarankan kepada KPB Parit Sulong dan KPB Sri Medan yang baru dilantik agar menjaga perhubungan baik kepada pegawai atasan dan menjaga perhubungan baik dengan masyarakat setempat.

 

MESYUARAT AGUNG KELAB POLIS BATU PAHAT, JOHOR

Pada 1 April 2010 jam 3.30 petang, Mesyuarat Agung Kelab Polis Batu Pahat yang merupakan  satu aktiviti  wajib setiap penggal  telah diadakan. Kehadiran adalah seramai 300 orang dan mesyuarat telah dirasmikan oleh ACP Ibrahim Bin Mohd Aris, Ketua Polis Daerah ( KPD ) Batu Pahat merangkap Yang Dipertua Kelab.

Pelantikan Ahli Jawatankuasa baru bagi sesi 2010 / 2011 telah dijalankan dan harapan yang Dipertua Kelab Polis Batu Pahat agar kelab ini dapat merancang dan menjalankan aktiviti tersebut  dengan  baik demi kepentingan kelab.  

 

SEPANJANG LAWATAN KETUA POLIS JOHOR KE DAERAH BATU PAHAT, JOHOR

Pada 12 April 2010, YDH DCP Dato’ Mohd. Mokhtar Bin Hj. Mohd. Shariff, Ketua Polis Johor telah mengadakan lawatan ke Batu Pahat bagi menyampaikan Sijil Penghargaan kepada pegawai, anggota dan orang awam di atas kecemerlangan tugas yang dijalankan dalam menyelesaikan kes samun bersenjatapi yang berlaku di Benut.

Hasil tindakan pantas dan hebahan yang dilakukan, pihak polis Batu Pahat telah berjaya mengesan dan menangkap saspek yang melarikan diri di kawasan perkampungan di Kampung Kelicap Tanjong Laboh, Batu Pahat.  

Kerjasama yang baik telah diberikan oleh masyarakat dalam usaha penyaluran maklumat sehingga tertangkapnya ( 2 ) ( L ) Indonesia  dan ( 2 ) saspek lagi telah berjaya melarikan diri. Di kesempatan itu juga,  YDH Dato’ Ketua Polis Johor telah mengadakan lawatan ke tapak perumahan pegawai kanan polis Batu Pahat bersama ACP Ibrahim Bin Mohd Aris, Ketua Polis Daerah ( KPD ) Batu Pahat serta diiringi oleh beberapa orang pegawai kanan yang lain.

 
 

KEJOHANAN PETANQUE TERBUKA PIALA KETUA POLIS DAERAH BATU PAHAT, JOHOR

Kejohanan Petanque  Terbuka Piala Ketua Polis Daerah ( KPD ) Batu Pahat  Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203 telah diadakan pada 17 dan 18 April 2010 di gelanggang Taman Flora, Batu Pahat. Sebanyak 68 pasukan yang terdiri dari Kontinjen – kontinjen, Jabatan dan Persatuan – persatuan telah mengambil bahagian dan telah dirasmikan oleh ACP Ibrahim Bin Mohd Aris, KPD Batu Pahat.

 
 

CERAMAH JENAYAH DI SEKOLAH

Pada 19 April 2010, ACP Ibrahim Bin Mohd Aris, Ketua Polis Daerah ( KPD ) Batu Pahat telah hadir ke Sekolah Menengah Munshi Sulaiman, Batu Pahat bagi menghadiri perhimpunan pagi. Beliau telah berucap dalam Bahasa Malaysia dan diterjemahkan dalam Bahasa Mandarin oleh Insp. Ng Han Shoong, Pegawai Perhubungan sekolah tersebut. Pelbagai kes jenayah yang melibatkan pelajar telah disampaikan dan nasihat telah diberikan supaya para pelajar lebih berdisiplin semasa berada di sekolah dan mendengar arahan daripada guru.

 

 

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT OLEH ISTERI DALAM PERHIMPUNAN KETUA POLIS DAERAH BATU PAHAT, JOHOR

Majlis Pemakaian Pangkat oleh isteri – isteri anggota yang dinaikan pangkat telah diadakan semasa perhimpunan Ketua Polis Daerah ( KPD ) Batu Pahat. ACP Ibrahim Bin Mohd Aris, KPD Batu Pahat mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua anggota yang berjaya dinaikan pangkat. Bukan itu sahaja, beliau turut menyarankan semua anggota yang dinaikan pangkat supaya bekerja dengan jujur dan komited demi mencapai matlamat yang diharapkan oleh pasukan. Dalam majlis tersebut, para isteri anggota yang dinaikan pangkat  telah diberi penghormatan untuk menyemat pangkat kepada suami masing – masing.

 

 
0
Chat offline. Leave a message