• Bahasa Melayu
  • English

SIDANG MEDIA

KEJAYAAN POLIS MERAMPAS SEPUCUK PISTOL SEMI AUTO DI KULAIJAYA

Pada 17/06/2013, jam 7.10 malam, semasa pihak polis membuat rondaan cegah jenayah di Jalan Tokong, Sengkang, Kulaijaya, telah ternampak sebuah motokar dinaiki 2 lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Ekoran dari itu, pihak polis telah menghampiri motokar tersebut dan membuat pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan, pihak polis telah berjaya merampas barang-barang berikut :-

1. sepucuk pistol semi auto

2. 1 megazine mengandungi 11 butir peluru

3. satu plastik lutsinar mengandungi 3 butir peluru

Semasa pemeriksaan dijalankan pihak polis berjaya menahan seorang lelaki berumur 30 tahun, manakala seorang lagi berjaya melepaskan diri.

Semakan rekod kenderaan curi, mendapati motokar yang digunakan telah dilaporkan hilang di Taman Pelangi.

3

KEJAYAAN POLIS MERAMPAS SEPUCUK PISTOL SEMI AUTO DI KULAIJAYA.

Pada 08/06/2013 jam 5.30 petang, pihak polis telah menerima maklumat menyatakan satu kejadian samun bersenjatapi telah berlaku di sebuah kedai telefon di Jalan Impian Senai Utama, Senai.

Ekoran dari itu, pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki melayu berumur 36 tahun yang merupakan seorang pengawal keselamatan.

Pihak polis juga berjaya merampas barang-barang berikut :-

1. sepucuk pistol semi auto

2. 2 kelopak berisi 10 butir peluru

3. 1 kotak kecil berisi 20 butir peluru

4

KEJAYAAN POLIS MENUMPASKAN KUMPULAN PECAH RUMAH DI NUSAJAYA.

Pada 18/06/2013 jam 2.30 pagi, pihak polis telah menerima maklumat dari orang awam menyatakan ada sekumpulan lelaki tidak dikenali telah memasuki rumah jirannya di Taman Nusa Idaman, Nusajaya.

Ekoran dari itu, pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menahan 2 lelaki berumur 33 tahun di tempat kejadian.

Pihak polis juga berjaya merampas barang-barang berikut:-

1. 1 unit TV LG berukuran 42 inci

2. 4 keping no pendaftaran (JNW 7054) dan (JNN 7373)

3. 6 buah speaker jenama LG

4. 1 bilah parang panjang berukuran 62.5cm beserta hulu jenama ‘TRAMOTINA BASIL’

5. 4 batang tukul besi pelbagai saiz.

6. 1 unit mesin pencanai jenama Bosch

7. 2 batang spanar boleh laras.

8. 2 batang besi kuku kambing.

9. 4 batang besi pahat.

10. 8 batang pemutar skru.

11. 1 bungkus plastik mengandungi 20 rangkai kunci.

12. 3 bakul berisi pelbagai jenis pakaian.

13. 1 beg biru berisi pelbagai dokumen.

14. 7 buku passport antarabangsa.

15. 5 buku bank pelbagai bank

16. 1 batang kayu berukuran 61cm

17. 1 unit telefon bimbit jenama LG

18. 1 bungkus plastik mengandungi duit syiling bercampur-campur

19. 2 batang playar

20. 5 bilah gunting

21. 4 batang spanar pelbagai saiz.

22. 1 batang tukul plastik.

23. 2 batang ‘allen key’ dan salah satu telah diubah suai.

24. 3 bilah pisau.

25. 2 bilah pengikit besi.

26. sebuah  Pick-Up jenis Mtisubishi Triton no pendaftaran JNN 7373 warna putih.

6

KEJAYAAN POLIS MENYELESAIKAN KES PECAH RUMAH DI JOHOR BAHRU SELATAN.

Pada 10/06/2013 jam 1.30 pagi, pihak polis telah menerima maklumat sari satu lelaki menyatakan rumah jirannya di Taman Puteri Wangsa, telah dipecah masuk orang.

Ekoran daripada itu, pihak polis telah bergegas ketempat kejadian dan berjaya menahan 1 lelaki berumur 24 tahun di dalam rumah mangsa.

Pihak polis juga telah berjaya merampas barang-barang berikut:-

1. 14 spanar.

2. 1 gergaji besi.

9

KEJAYAAN POLIS MENUMPASKAN KUMPULAN SAMUN DI JOHOR BAHRU SELATAN.

Bertindak diatas maklumat kegiatan samun disekitar Bandaraya Johor Bahru, pihak polis telah menjalankan beberapa siri serbuan dan pemeriksaan di Majidee dan Johor Jaya.

Ekoran dari itu, pihak polis telah berjaya menahan 4 lelaki dan 1 perempuan berumur 18-28 tahun dipercayai bergiat aktif melakukan kes-kes samun.

Pihak polis juga berjaya merampas barang-barang berikut:-

1. 3 bilah parang.

2. 1 bilah pisau.

3. 1 bilah pisau benet.

4. Pelbagai barangan hasil samun.

8

2

YDH Ketua Polis Johor, Dato’ Mohd Mokhtar Bin Hj. Mohd Shariff bersama ACP Azizan Bin Anan, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor (kiri) dan Supt Noor Hashim Bin Mohamad, Ketua Polis Daerah Nusajaya (kanan).

1

Antara wartawan yang hadir.

1
0

Comments

Use a Facebook account to add a comment, subject to Facebook's Terms of Service and Privacy Policy. Your Facebook name, photo & other personal information you make public on Facebook will appear with your comment, and may be used on Polis Johor platforms.

Questions? Chat with us