Pengumuman

3 Peranan Rakan Cop

Keahlian Rakan Cop Kontinjen Johor telah didaftarkan seramai 29,929 orang. Polis Johor mengalu-alukan sebarang maklumat yang dapat membantu pihak polis dalam pengujudan kawasan bebas jenayah di seluruh Johor. Ahli Rakan Cop boleh menyalurkan maklumat melalui Portal Polis Johor atau SMS ke nombor 32728. Bagi mereka yang ingin mendaftar sebagai ahli Rakan Cop adalah dengan menaip RAKANCOPJOH >space > DAFTAR > space > TAIP NAMA ANDA dan hantar ke 32728. Anda akan mendapat SMS jawapan dengan keahlian anda.

 
2. Pengujudan Balai Polis Functional dan Pondok Polis Komuniti di Kontinjen Johor (Fasa II)

Polis Kontinjen Johor dalam perancangan untuk membina 5 Balai Polis Functional dan 14 Pondok Polis Komuniti dalam Fasa II di seluruh Kontinjen Johor. Balai-balai yang terlibat adalah:-
Balai-balai Polis di Muar (1), Kluang (1), Segamat (1) dan Kota Tinggi (2).
Pondok-pondok Polis di Johor Bahru Selatan (2), Kulai Jaya (2), Nusa Jaya (2), Seri Alam (2), Segamat (1), Kluang (2), Muar (2) dan Batu Pahat (1).

 
1. Hari Bertemu Pelanggan

Polis Kontinjen Johor telah menetapkan setiap Hari Jumaat yang bekerja dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari adalah Hari Bertemu Pelanggan. Orang awam adalah dialu-alukan untuk hadir di Ibu Pejabat Kontinjen Johor atau di mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah negeri Johor untuk menyampaikan maklumat atau membuat sebarang aduan.